Saharul Ridzwan Sombong Dengan Artis Veteran?

Saharul Ridzwan Sombong | Pelakon kacak yang digemari ramai, Saharul Ridzwan dikatakan bersikap sombong dengan seorang artis veteran berpangkat Datuk. Menerusi coretan Cik Pang di laman Hmetro, Saharul dikatakan tidak bertegur sapa mahupun menunjuk rasa hormat walaupun sedikit kepada artis veteran tersebut.

Saharul Ridzwan Sombong

Artis veteran tersebut bukanlah artis yang jarang dilihat di kaca tv malah beratus drama yang telah dilakonkan oleh artis tersebut dan ia agak mustahil jika Saharul tidak mengenali siapa artis tersebut.Artikel Penuh

Awie Meninggal Dunia Kerana Kemalangan Di Sabah

Awie Meninggal Dunia | Penyanyi Rock, Awie dilaporkan telah meninggal dunia kerana satu kemalangan jalan raya di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah. Menerusi sebuah blog berjudul KedaiKopi.org, Awie dilaporkan telah terlibat dengan kemalangan tersebut yang meragut nyawanya.

Awie Meninggal Dunia

Bagaimanapun Awie ketika dihubungi memaklumkan dirinya sihat walafiat dan sedang berada di ibu kota. Awie juga sedang sibuk dengan beberapa temubual dan sidang media.

Awie juga memaklumkan ini bukan pertama kali dirinya menjadi sasaran penulis blog yang hanya mahu mengaut keuntungan dari berita-berita palsu.Artikel Penuh

Neelofa Dan Pelakon Fattah Amin Dilamun Cinta Lokasi?

Gandingan utama drama Suri hati Mr Pilot iaitu Neelofa dan Fattah Amin mencetuskan kontroversi apabila mereka berdua dikatakan sedang hangat bercinta. Pertemuan mereka di lokasi penggambaran drama mula membawa kepada hubungan yang lebih rapat dan intim.

Neelofa dan Fattah Amin BercintaNeelofa dan Fattah Amin

Keakraban mereka menjadi tanda tanya apabila sering berduaan walaupun bukan berada di lokasi penggambaran drama. Menerusi laman instagram mereka berdua juga, agak banyak gambar mereka ber’selfie’ bersama dimuatnaik.

Pengarah drama terbabit iaitu Michael Ang juga turut dihubungi bagi mendapatkan kepastian tentang status hubungan mereka berdua. Namun Michel Ang seakan berselindung dan tidak mahu untuk berterus terang secara lebih mendalam mengenai hubungan pelakonnya itu.Artikel Penuh

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 (Astro RIA 2016)

Gegar Vaganza 3 kali ini bakal menampilkan 12 orang penyanyi dan vokalis yang pernah terkenal suatu masa dulu kini kembali untuk menghangatkan lagi pentas Gegar Vaganza (VG).

Gegar Vaganza 3

Hadiah berupa wang tunai RM100,000 bakal menjadi rebutan untuk bergelar juara di minggu akhir nanti. VG kali ini bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan bakal bersiaran sebanyak 8 minggu dan tayangan serentak menerusi saluran Astro RIA dan RIA HD.

Konsert Gegar Vaganza seperti biasa akan disiarkan pada malam hujung minggu anda iaitu pada ahad jam 9 malam dan GV3 ini bakal bermula pada 16 oktober ini. Pengacara bagi program ini masih mengekalkan pengacara yang sama seperti tahun-tahun yang sudah iaitu Nabil dan Jihan. Mungkin kerana mereka sememangnya sudah menjadi kegemaran peminat Gegar Vaganza.Artikel Penuh

Rock Bro 2016 – Rimba Bara Kembali Ke Pangkal Jalan

Saksikan pengakhiran perjalanan kumpulan rock Rimba Bara dalam Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan yang bakal ditayangkan serentak di seluruh negara pada 27 Oktober ini di seluruh pawagam di malaysia.

Rock Bro 2016

Rock Bro merupakan sebuah lagi filem trilogi arahan Mamat Khalid, Menerusi filem ini Mamat Khalid mencurahkan pengalaman dan kehidupan semasa di zaman rock ketika era 80an hingga 90an di mana ketika itu band rock menjadi kegilaan para remaja mahupun dewasa.Artikel Penuh

Fahrin Ahmad Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Fahrin Ahmad Timang Anak – Pelakon kacak Fahrin Ahmad dikhabarkan sudah bergelar bapa, Isteri kepada Fahrin iaitu Elena Eleas telah selamat melahirkan bayi lelaki di KPJ Damansara Specialist Hospital, kira-kira pada jam 4.15 petang, semalam.

Fahrin Ahmad Timang Anak

Nama anak pertama Fahrin ini masih belum didedahkan lagi. Mungkin mereka masih belum memikirkan nama yang dirasakan sesuai untuk anak pertama mereka ini.Artikel Penuh

Niena Baharun Mengaku Tidur Bersama Raja Afiq?

Niena Baharun Mengaku Tidur Bersama Raja Afiq – Heroin drama Sayangku Kapten Mukhriz, Niena Baharun mengaku tidur bersama hero drama tersebut didalam sebuah group whatsapp bertajuk Sayangku Kapten Mukhriz. Namun cerita tersebut tidak semestinya betul, kerana sesiapa sahaja boleh menyamar menjadi Niena Baharun dan mengaibkannya dengan cara begini.

Niena Baharun Mengaku Tidur Bersama Raja Afiq

Niena ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah untuk menyertai mana-mana group whatsapp hanya untuk bersembang kosong sahaja melainkan group yang dia sertai adalah bertujuan untuk urusan kerjayanya sahaja.Artikel Penuh

Zila Seeron Mengaku Bersalah Berkhalwat Bersama Khairul Azizi

Bekas isteri kepada pelakon dan pelawak Along Cham iaitu Zila Seeron mengaku bersalah kerana berkhalwat pada 13 ogos yang lalu bertempat di Apartment Jalil Damai di Bandar Bukit Jalil. Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Zila Seeron bertempat di Mahkamah Tinggi Syariah di ibu kota pada hari ini.

Zila Seeron Mengaku Bersalah Berkhalwat

Pasangan ini kemudian masing-masing menerima hukuman denda sebanyak RM2500, hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas mendapati kedua mereka melakukan kesalahan tersebut dan tiada penafian dilakukan.

Zila Seeron mengaku bersalah dan dia didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Artikel Penuh

Love You Mr Arang (Iris TV3)

Nantikan drama terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menerusi slot Iris di TV3 berjudul “Love You Mr Arang”. Dibintangi oleh Amirul Faqeem (DFKL2016) dan Hanna Aqeela sebagai teraju utama dan ini merupakan gandingan julung kalinya mereka berdaua memandangkan mereka masih bergelar bintang baru.

Love You Mr Arang

Selain mereka, drama romantik komedi ini juga menampilkan pelakon lain seperti Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Mustapha Kamal dan ramai lagi. Drama ini dibawah arahan oleh pengarah terkenal Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Love You Mr Arang dijadual akan ditayangkan pada november 2016 nanti.Artikel Penuh

Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Timang Cahaya Mata Kedua

Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon muda, Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang baru sahaja dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Ini bererti pasangan ini kini mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka pada april 2014 yang lalu.

Fizz Fairuz dan Almy Nadia

Ini dikhabarkan sendiri oleh Fizz menerusi laman Instagram miliknya, Fizz memberitahu isterinya Almy Nadia telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka tepat jam 9.06 malam.Artikel Penuh